Rabu, 24 Februari 2010

ProKAM siri 2: TerBAIK!!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt & Hello2 utk semua.
Mari bersemangat patriotik sikit. Ok! Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia! =)
Seperti yg dijanjikan, ketika ini pihak faciteam berkesempatan untuk meng-update sedikit sebanyak cerita perihal proKAM bersama STB. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kecuali ada termelecet sikit bila kita balik lewat sikit. hehe. Tu pun sebab syahdu sgt nak tinggalkan adik2, sahabat2 di STB tu. Mereka semuanya sgt2 BEST, Sporting, Cool, dan segala yg positif lah! Rasanya belum terlewat lagi utk pihak Penganjur mengucapkan, TAHNIAH kepada semua Fasi, Urusetia yg terlibat. Tanpa kalian, tiadalah ProKAM. Besar jasa anda pada masyarakat. Harap2 diberikan kesempatan lagi utk kita beramal bakti pd masa2 akan dtg.
Antara Fasi yang terlibat dalam ProKAM bersama STB ini pada 20 Febuari 2010 yg lalu, adalah wajah2 baru. Tapi, jangan sangka yg baru ini x de skill. Haih! Skill mereka kalah Tok Guru, Abang Dat. hehe. Tahniah lah! Memang u guys are the best. Sebab semua sudah pebetulkan niat, jadi segalanya berjalan dengan tenang sekali.
Jadi, Good Job and Well Done utk mereka yg menjayakannya. Mereka adalah:
Komiti Terhebat yang terdiri daripada Naim Shayir, Qurratu Aini, Faiz Muazan & Alham.
Fasi Terbaik yang terdiri daripada:
Saleha (Ketua Faci), Anis, Zaki, Ariff, Dilla, Alham, Jannah, Izzul, Abil, Mira, Budin, Perymala Hidayah, Bob Aizad.
Ketahuilah bahawa anda memang MALATOP!
Highlight program pada ProKAM bersama STB adalah:
  • Ice-breaking
  • Charade (kelakar amat bila Fasi pun kene buli.haha)
  • Di sebalik tingkap
  • Who are u in 5 years? (Perancangan semua best2. Nak buka butik, nak berniaga, etc etc)
  • Kuatkah jambatan anda?
  • Treasure hunt Puzzle
  • Sharing is Caring..
  • Slot Ceramah daripada Penceramah Jemputan RKSK
  • Penyampaian hadiah & cenderahati.
  • Ucapan penutup oleh En Shadan Bin Othman, Pengarah Bahagian Pekerja & Pelajar Antarabangsa, JKMM
Kesimpulannya, kami semua berpuas hati dan pulang dengan hati gembira. Sedikit pesanan dari pihak Faciteam kepada seluruh masyarakat di luar sana, bukalah mata dan hati anda untuk menerima mereka seadanya. Mereka, adik2 kita, saudara mara kita seagama. Mengapa masih ada majoriti masyarakat di luar sana yang menyisihkan mereka sungguhpun mereka sudah tamat tempoh tahanan? Mengapa kita sukar memberi mereka peluang? Percayalah.. Tercampak di dalam sana sudah menjadi satu hentaman kuat dalam kehidupan mereka. Jadi, marilah kita sama2 mengubah stigma masyarakat terhadap golongan ini. Semua org di dunia buat silap. Apatah lagi dalam usia mereka yg menginjak dewasa. Kadang kala kaki melangkah tersadung batu, berilah peluang untuk mereka bangun semula. Berilah mereka peluang..
Adik-adik di STB, kalian ada kami. Yang sentiasa terbuka untuk menerima kalian. Terima kasih kerana menerima kami seadanya. Terima kasih berkongsi cerita, pengalaman dan kasih. Terima kasih mengajar kami erti hidup. Terima kasih datang MMU tadi lawan Netball sama kami. Ada rezeki, kita bersua lagi. Insyaallah!
Sedikit perkongsian gambar. Harap maklum, gambar peserta tidak boleh disiarkan dengan jelas. Kerana sekatan media. Jangan salah langkah, anda boleh disaman!


* Antara barisan Fasi perempuan (Yang kanan sekali tu comel lah)


* Masing2 berdebar ni.. Cover muka maintain.


Shahmi, Naim (Abg Songkok) & Sal


*Itu dia barisan hakim yg arif lagi bijaksana. (Izzul, Budin, Ariff, Hidayah)


Tu dia abg ensem (wekkk). Zaki & Alham


* Panas tapi hati tetap enjoy!


* Seronok bersuka ria!



* Faci sedang conduct LDK


* Kuatkah jambatan anda?


*Latihan Dalam Kumpulan


* Muhasabah diri. Slot Ceramah RKSK


* Penyampaian Cenderahati daripada JKMM kepada STB (Puan Azimah)

Oleh itu, SEKIAN~

Ahad, 21 Februari 2010

Iklan ProKAM

Alhamdulillah, selamat sudah kami menjalankan sesi motivasi ProKAM sesi 2, di Sekolah Tunas Bakti Sg Lereh, Melaka. Berita lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Sedang menunggu belas ikhlas para fasilitator yg ada tangkap gambar satu dua keping seusai program. Kerana kami tidak dibenarkan menggunakan kamera atas dasar undang-undang sekatan media. Maaf sekiranya sedikit lewat dalam membuat perkongsian cerita. Insyaallah will do ASAP.

Apa2 pun, TAHNIAH utk Para Komiti; Big Boss, NAIM SHAYIR @ Abg Songkok, AINI, BOB FAIZ, ALHAM. 8juta kali TAHNIAH untuk barisan fasilitator dari Faciteam yg diketuai oleh Cik Saleha. Siapakah barisan fasi yg terbaik itu? Tunggu berita selanjutnya. Wassalam~

Tunggu tau!!

Rabu, 17 Februari 2010

ProKAM di Melaka Hari Ini

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini x ada apa sgt yg hendak diupdate. Cuma kebetulan tadi saya dimaklumkan oleh Saudara Rashidi, daripada Bahagian Pekerja & Pelajar Antarabangsa, JKMM yang sedikit sebanyak ada berita tentang Induksi ProKAM di surat khabar Melaka Hari Ini. So kepada anda yg sudi utk membacanya, silalah. Boleh jadi bahan bukti yang kami tak tipu anda! hehe. Link nya di bawah. Klik aja =)

Kem Induksi Fasilitator ProKAM is on Melaka Hari Ini. Bacalah kalau sudi =p

Untuk Izzul, elok juga dibaca. Kerana sikit sebanyak ada juga perihal kamu sakit dan dihantar ke hospital. Kelasss!! Glamer you! hehe

Wassalam

Induksi ProKAM : Siri 1

Assalamualaikum wbt & Good Day to all.

Rasanya belum lewat sgt utk pihak Faciteam kongsikan sedikit sebanyak pengalaman kami yang indah2 belaka ketika menjalani induksi ProKAM. Segalanya berlangsung pada:

29-31 Januari 2010, Kompleks Belia & Sukan, Ayer Keroh.

Seramai 58 peserta terlibat menjalani Kursus Fasilitator dengan tunjuk ajar daripada trainer jemputan daripada PKPIM yang diketuai oleh Saudara Haidir @ Abg Dat dan dibantu oleh Saudara Affandi, Saudari Sumayyah dan Saudari Syafa.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik sekali. Kecuali kali ini kami diuji dengan peratusan peserta yang sakit yang agak ramai. Pihak urusetia tetap cool dengan situasi itu kerana kami percaya, itu semua hanya adegan suspen.haha. Alhamdulillah, semuanya sihat dan selamat.

Pihak penganjur (UPG) dengan berbesar hati ingin mengucapkan TRIMAS & Toche-toche kepada:

~ Barisan Trainers yang datang jauh dari KL (Abg Dat, Abg Fendi, Kak Sumay & Kak Syafa)
~ Barisan Co-Faci dari kalangan Otai2 UPG (Shahmi, Saleha, Rezal, Aizad, Fateen)
~ Penasihat ProKAM: Cik Ramizah @ Kaunselor MMU
~ Para penganjur bersama : Jabatan Ketua Menteri Melaka (BPPA & RKSK), JBS
~ Pihak yg menaja makan minum & penginapan kami: RKSK & JBS
~ Kaunselor STB kerana sudi berkongsi pengalaman dengan peserta kursus kami.

Satu perkara dan fakta paling menarik untuk dikongsi bersama adalah:

"Ini adalah TOF yang paling RAMAI peserta mencecah angka 58 orang!" (Dengan penuh semangat Miss P umumkan =p)

Abg Dat sendiri menyentuh tentang perkara ini. Satu kejayaan buat UPG & Faciteam khususnya. Alhamdulillah =)

Oh ye. Tak lupa nak ucap tahniah kepada barisan urusetia Induksi ProKAM ini yang terdiri daripada:

~ Cik Zawani
~ Cik Atiqah
~ En Alham
~ En Haiqal

p/s: Good job. Tapi banyak lagi yg perlu belajar. Jgn give up ye. Kita sentiasa belajar tentang hidup dan tentang manusia. =)

Ala, dah banyak pula dibebelkan. Layan jelah gambar2 di bawah. Check it OUT!
~ Khusyuk mendengar nampaknye! =)
~ Sesi taklimat daripada artis jemputan. Pewwit!!
~ Oh! Ini dia Tok Guru kita. Semangat. Jangan memain! =p
~ Tidak, ini bukan cara hisap ganja. Ini modul UFO. Menarik!
~ Senyumlah senyumlah.. ahai.. abg daniel..
~Gigih main tali rafia.hehe
~Nasib memasing x brapa berat. Kalo x, patah peha. =p
~Siapa la yg kena tanggung beban badan Azmi tu? Kasihan..
~Alhamdulillah, melalui ProKAM, ada yg ketemu jodoh mereka. Semoga berkekalan hendaknya, Bob & Jannah!
~The Sengets: Aizad, Shahmi, Sal, Bob & Dwi
~Watcha! Here we are!
Selamat tersenyum.
Bye!

Isnin, 15 Februari 2010

Rindu-rindu, Nyanyilah.. Alhamdulillah~

Album : Alhamdulillah
Munsyid : Opick

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diriringi oleh rahmatnya
Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan
Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan
Alhamdulillah wasyukurilah
Bersyukur padamu ya Allah
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
~Lagu tema ProKAM bersama Madrasah Darul Aitam

ProKAM siri 1: ALHAMDULILLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt & Hello utk semua.


Alhamdulillah, tanggal 13 Febuari 2010, kami faciteam ke Madrasah Darul Aitam, Telok Mas, Melaka. Menjalankan misi kebajikan bersama anak-anak yatim. Insan pilihan yg dijaga oleh Allah swt. Misi kebajikan ini adalah projek pertama yg kami laksanakan di bawah bumbung ProKAM. Iaitu Program Kecemerlangan Anak-anak Melaka. Kami masih ada 2 misi kebajikan yang bakal dilaksanakan iaitu ProKAM bersama Juvana, pada 20 Feb dan Program Kecemerlangan Akademik di Kompleks Khawarizmi pada 26-28 Feb akan dtg. Semoga segalanya berjalan dengan lancar seperti mana ProKAM bersama Madrasah Darul Aitam.

Kali ni, Faciteam dibahagikan kepada 3team bagi melancarkan misi2 ProKAM. Jadi utk ProKAM bersama anak-anak yatim ini, Qasiratul Jannah memegang tanggungjawab besar sebagai Pengarah Bersama, dibantu Wan Adhila @ Dilla. Besar pahala kalian, insyaallah. Percayalah. Dan komiti2 yg gagah perkasa adalah; Ain Zainal, Huda dan Aimuni. Kekuatan mereka dalam melaksanakan tanggungjwab ini sy beri 10 bintang! =) Tak lupa kepada Shahmi, VP1 saya merangkap Big Boss Faciteam dan AD sy utk ProKAM ni. Good Job! A very good job. Tanpa org kuat, payah juga kita nak kemudi program kebajikan umpama ini.

Dan, kredit sy berikan kpd barisan FACITEAM yg terlibat dengan Prokam Darul Aitam. Ketua Faci yg baru, Mamat. Walaupun agak menahan sbar, tpi selamat semuanya smpai habis. Dengan faci2 baru yg sgt teruji tapi sy sgt respect kalian sbb kalian sgt kuat semangat dan gigih mencuri perhatian adik2. Sy yakin, ini kerana kita masing2 memasang niat yg btul. So, utk kalian; Mek, Bob Faiz, Aini, Ailyn, Atiqah, Zawani, Izzul, Fisyah, Ariff, Zaki, Nathasya, Safiq dan Nadia, TAHNIAH! Bersykukur kepada Allah kerana DIA berikan kita peluang utk berbakti dan menginsafi diri kita. X terluah perasaan yg kita punyai dengan kata2.

Kalau hendak diceritakan dengan perkataan, tentang satu per satu acara yg kami jalankan, mungkin gambaran itu tak secantik apa yg telah kami lalui. Tapi, Allah tahu betapa hati kami teruja dan tersentuh dengan gelagat adik2. Sukar utk sy luahkan.

Kami pada asalnya menghadapi KEJUTAN kerana kami pada dasarnya target anak-anak yatim ini akan pasif dan malu2. Ini kerana semua pengalaman kami sebelum ni bersama anak-anak yatim, memang pasif dan sukakan approach yg lembut. Tapi, di Darul Aitam, lain betul. Adik2 sgt AKTIF. Hyper. =) Jadi nak control tu, masyaAllah. Tpi Alhamdulillah, kerana niat yg telah dipasakkan. Allah bantu kami jua. Seronok. X terluah dengan kata2.

Satu nikmat pengalaman baru yg kami peroleh bersama adik2 Darul Aitam adalah apabila kami bawa mereka keluar membeli pakaian sekolah. Seorang sepasang. Seronok nya mereka, tak terucap dengan kata2. Rezeki mereka juga apabila tokey kedai hadiahkan mereka alatulis dan angpau Chinese New Year. =) Murah rezeki anak-anak yatim ni. Kami juga sebelah malamnya, buat BBQ session dengan mereka. Yg makan bau asap adalah komiti & faci2. Adik2 hanya makan sambil 'sharing moment' bersama Faci masing2. Tapi syiok. X terkata. =) Nikmat tu, lain mcm..


Hari kedua, yg menariknya apabila ada sesi gotong royong perdana. bukan setakat Faci dan adik2 yg terlibat. Malah MBMB dan Southern West. Bersama lori dan kren dengan semua tenaga pekerja yg bersungguh2 mengumpul pahala. Seronok! Suka adik2 melihat kawasan tempat tinggal bersih. Kemudian, kami melengkapkan misi kebajikan bersama adik-adik dengan Slot Bengkel Akademik. Adik2 ni perlukan perhatian dari segi kasih syg dalam mendapatkan pengertian kehidupan mereka sebenarnya. Faci benar2 teruja kerana masih ada yg x tau membaca dan sebagainya. Tapi hebatnya barisan fasilitator apabila mereka x putus asa. Masing2 sentiasa berusaha mencantikkan usaha mereka. =) Tahniah sekali lagi.

Antara perkara manis yg kami lalui selain dari yg sy ceritakan di atas, adalah apabila kami hadiahkan setiap daripada mereka 1 set sabun mandi, berus gigi dan ubat gigi. Mcm kelakar kan? Tpi itulah salah satu keperluan mereka. Riang gembira mereka terima buah tgn yg x seberapa itu daripada kami. Mngkin pada pandangan kita, apelah sgt tu kan?? Tapi, hakikatnya di jiwa mereka, itu satu sumbangan yg amat besar. Cuma mungkin mereka x terluah dengan kata2.

ProKAM bersama MADRASAH DARUL AITAM ini x mungkin berjaya tanpa usahasama semua pihak yg terlibat. Mewakili pihak penganjur, sy dengan penuh rendah hati mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Barisan Fasilitator UPG Faciteam, Kak Miza (Kaunselor MMU & Advisor Prog), Ustaz Idris dan warga Darul Aitam, Bahagian Pekerja & Pelajar Antarabangsa, JKMM (En Shadan, Kak Nash dan konco2 mereka), pihak RKSK, pihak MBMB & Southern West, Adun Kawasan, Datuk Latiff dan semua yg menjayakan program ni. Tanpa kalian, x mampu kita nikmati rasa puas dan nikmat seperti yg kita rasai hari ni.

Kepulangan kami ke MMU diiringi rasa berat hati. Bukan kerana apa, kerana kemanisan yg kami kecapi itu sgt2 memenuhi jiwa kami. Mungkin inilah janji Allah dengan kalamnya, barangsiapa yg memelihara anak-anak yatim, maka dia akan bahagia di syurga nanti. Semoga redha Allah bersama mengiringi usaha murni kami. Tanpa DIA, kami x sekuat ini. Kerana niat Fi Sabilillah kami, segalanya berjalan dengan lancar. Tiada yg lebih sempurna yg kami harapkan, selain mendapat sentuhan di hati apabila bersama anak-anak yatim. =) Tahniah dan Syukran buat semua.


~ Wajah2 yg dirindui


Utk adik2 di Darul Aitam, nantikan kemunculan kami akan datang dari masa ke masa. Insyaallah, kami akan terus ke sana membantu kalian dari segi akademik dan mana yg termampu. Tapi janji, belajar sungguh2! C u adik2! We all here miss u so much!

Syukur padaMU ya Allah kerana Kau kurniakan kami nikmat seperti ini. Telah Kau hidupkan kami dalam keadaan iman, matikanlah kami jua dalam keadaan iman. Wallahualam. Wassalam.
Sentuhan hati;
Fateen Najlaa Idayu
15 Febuari 2010
p/s: TQ utk Azmi, Aizad, Abil, Najib, Cica yang dtg melawat dan membantu kami meraikan adik2. Tq utk Anis kerana gigih memarinade ayam =) Sy x mampu hadiahkan kalian apa2, tpi Allah hadiahkan kalian pahala.

Featured Post

Knowledge Sharing: Menguruskan Sponsorship