Selasa, 21 April 2009

Hati ke Hati(Payasum)

Program: Hati ke Hati ‘09

Tarikh : 12 April 2009

Tempat : Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin,

(PAYASUM)

Sg. Udang, Melaka
Penganjur : University Peer Group, MMU Melaka


Penasihat Program : Cik Harzurita Hassan

Pengarah Program : Nasreen Nor bt Noor Hassan

Penolong Pengarah Program : Mohd Hafiz b Burhan

Setiausaha : Puteri Sarah bt Amirnuddin

Bil. Peserta : 31 orang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
 
Seperti mana butir-butir diatas,UPG Faci Team telah mengadakan Lawatan ke rumah anak yatim PAYASUM.Objektif lawatan kami ialah untuk mendekatkan lagi diri kami dan mendalami hati dan perasaan mereka serta meningkatkan lagi semangat dan motivasi dalam pembelajaran anak-anak ini.
 
Kami(faci-faci) diarahkan untuk berkumpul di Plaza Siswa tepat pukul 6.45 pagi untuk bersarapan yang disediakan oleh Shimah Catering. Selepas itu, kami mula bergerak di perkarangan MMU untuk menaiki bas. Di dalam bas,Director Ereen dan Kak Rita sempat menyampaikan sedikit taklimat dan pesanan. Perjalanan yang bermula pada pukul 7.30 mengambil masa 30 minit untuk sampai ke destinasi.Pada pukul 8.30 pagi, kami tiba di dewan makan PAYASUM dan kami disambut oleh pihak PAYASUM dengan tangan yang terbuka.Kami juga dapat melihat wajah-wajah ceria adik-adik di PAYASUM itu.Seperti yang dirancang oleh direktor dan penolong direktor, setiap kumpulan mempunyai 10 orang pelajar dan seorang fasi.Oleh sebab pelajar lelaki tidak menyertai program hati ke hati pada hari tersebut dan hanya pelajar perempuan yang terlibat, fasi dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan terdapat dua orang fasi.Selepas pembahagian kumpulan, LDK 1 bermula di setiap kumpulan dan diketuai oleh dua orang fasi.Team memasak yang diketuai oleh Shahmi 'berhempas pulas' di dapur bersama-sama dengan Fateen Najlaa,Nyssa dan Budin.Team mural yang diketuai oleh Mamat juga tidak kurang hebat.Team memasak dan team mural memulakan tugas mereka untuk menyediakan makan tengahari manakala team mural memulakan tugas untuk mengecat dinding di pondok bacaan serta di tepi dewan makan.Selesai sahaja LDK 1, program diteruskan dengan energizer iaitu dengan nyanyian lagu tema “Standing in the Eyes of the World”.

Team mural dan team memasak menangguhkan tugas mereka seketika untuk menjamu makan bersama-sama fasi yang lain.Selesai sahaja makan tengahari, solat zuhur diimamkan oleh saudara Rijal dan selepas solat, saudara Najmuddin membuat sedikit pengisian kepada pelajar di Dewan Muallim.LDK 3 diteruskan selepas solat zuhur. Pelajar diberikan tugas untuk menyelesaikan klu-klu yang diberikan pada setiap checkpoint. Pada jam 3:30 petang, sesudah tamat LDK 3 iaitu treasure hunt, pelajar diberitahu tentang jalan penyelesaian pada klu-klu yang diberikan kepada setiap kumpulan.Sebelum LDK 4 bermula, ketua fasi, Muhd Hafiz Burhan mengadakan game “bom” dimana setiap kumpulan mempunyai nama sukan dan pada akhir aktiviti itu, perbalahan antara tiga kumpulan untuk melihat siapakah dua kumpulan pemenang.

Pada petang itu,tanpa diduga hujan mula turun dan TEAM MURAL dengan gigihnya meneruskan usaha-usaha mereka bagi menyiapkan mural hasil dari kreativiti mereka,SYABAS!!!
Selesai sahaja LDK 4, majlis penutup dimulakan dengan ucapan dan kata-kata terakhir daripada Yang di-pertua Haji Khadzir, dan kaunselor MMU, Cik Harzurita. Tiba sahaja Ayahanda di dewan makan untuk meraikan majlis penutup, Ayahanda melihat mural yang dilukis dan diwarnai oleh team mural dan Ayahanda berpuas hati dengan hasil titik peluh ahli-ahli fasi, dan juga team mural kerana kami pulang dengan meninggalkan sesuatu yang bermakna.Faci-faci juga turut mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama kumpulan mereka.Pada pukul 5:30 petang, kami semua dijamu dengan kuih-muih untuk makan petang dan selepas makan petang, solat asar berjemaah.Dalam pukul 6:30 petang, kami diberikan sedikit masa untuk meluangkan masa dan memberi kata-kata semangat pada pelajar lalu kami bertolak pulang ke MMU.


Saya percaya,kepada faci-faci amat berat untuk meninggalkan adik-adik PAYASUM tetapi InsyaAllah kata-kata semangat dan memori yang kita tinggalkan itu cukup untuk membuatkan adik-adik itu gembira dan mengingatinya.
 
Kepada TEAM MURAL dan MASAK juga,'CREDIT' untuk anda SEMUA!
 
*gambar-gambar menarik*
 

Featured Post

Knowledge Sharing: Menguruskan Sponsorship