Rabu, 22 April 2009

Meeting Briefing untuk Program TOF3

Assalamualaikum & selamat Sejahtera

Kepada semua Fasilitator & peserta yang terlibat bagi mengikuti Program Outdoor di Gunung Dato, N9 anda semua dikehendaki untuk menghadiri satu briefing bagi persediaan ke program tersebut. Maklumat seperti di bawah :


Tarikh : 23 April 2009, Khamis
Tempat : Sri Ruby, STAD
Waktu : pukul 9 malam (pukul 2 waktu London)
Agenda : Briefing Prog XPDC Gunung Dato '09

p/s : Jangan lupa membawa bayaran RM 10 untuk pendaftaran



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalam & A very Good Day


Just a short announcment to Facis & those who are involve with Gunung Dato' program's, all of you need to come for a short briefing as your preparation before your departure on this coming Saturday. Details are as below :


Date : 23 April 2009,Thursday
Venue: Sri Ruby, STAD
Time : Sharp 9 pm
Agenda : Briefing about Prog XPDC Gunung Dato '09


p/s: Dont forget to bring RM 10 as ur registration fees.


Selasa, 21 April 2009

Hati ke Hati(Payasum)

Program: Hati ke Hati ‘09

Tarikh : 12 April 2009

Tempat : Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin,

(PAYASUM)

Sg. Udang, Melaka
Penganjur : University Peer Group, MMU Melaka


Penasihat Program : Cik Harzurita Hassan

Pengarah Program : Nasreen Nor bt Noor Hassan

Penolong Pengarah Program : Mohd Hafiz b Burhan

Setiausaha : Puteri Sarah bt Amirnuddin

Bil. Peserta : 31 orang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
 
Seperti mana butir-butir diatas,UPG Faci Team telah mengadakan Lawatan ke rumah anak yatim PAYASUM.Objektif lawatan kami ialah untuk mendekatkan lagi diri kami dan mendalami hati dan perasaan mereka serta meningkatkan lagi semangat dan motivasi dalam pembelajaran anak-anak ini.
 
Kami(faci-faci) diarahkan untuk berkumpul di Plaza Siswa tepat pukul 6.45 pagi untuk bersarapan yang disediakan oleh Shimah Catering. Selepas itu, kami mula bergerak di perkarangan MMU untuk menaiki bas. Di dalam bas,Director Ereen dan Kak Rita sempat menyampaikan sedikit taklimat dan pesanan. Perjalanan yang bermula pada pukul 7.30 mengambil masa 30 minit untuk sampai ke destinasi.Pada pukul 8.30 pagi, kami tiba di dewan makan PAYASUM dan kami disambut oleh pihak PAYASUM dengan tangan yang terbuka.Kami juga dapat melihat wajah-wajah ceria adik-adik di PAYASUM itu.Seperti yang dirancang oleh direktor dan penolong direktor, setiap kumpulan mempunyai 10 orang pelajar dan seorang fasi.Oleh sebab pelajar lelaki tidak menyertai program hati ke hati pada hari tersebut dan hanya pelajar perempuan yang terlibat, fasi dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan terdapat dua orang fasi.Selepas pembahagian kumpulan, LDK 1 bermula di setiap kumpulan dan diketuai oleh dua orang fasi.Team memasak yang diketuai oleh Shahmi 'berhempas pulas' di dapur bersama-sama dengan Fateen Najlaa,Nyssa dan Budin.Team mural yang diketuai oleh Mamat juga tidak kurang hebat.Team memasak dan team mural memulakan tugas mereka untuk menyediakan makan tengahari manakala team mural memulakan tugas untuk mengecat dinding di pondok bacaan serta di tepi dewan makan.Selesai sahaja LDK 1, program diteruskan dengan energizer iaitu dengan nyanyian lagu tema “Standing in the Eyes of the World”.

Team mural dan team memasak menangguhkan tugas mereka seketika untuk menjamu makan bersama-sama fasi yang lain.Selesai sahaja makan tengahari, solat zuhur diimamkan oleh saudara Rijal dan selepas solat, saudara Najmuddin membuat sedikit pengisian kepada pelajar di Dewan Muallim.LDK 3 diteruskan selepas solat zuhur. Pelajar diberikan tugas untuk menyelesaikan klu-klu yang diberikan pada setiap checkpoint. Pada jam 3:30 petang, sesudah tamat LDK 3 iaitu treasure hunt, pelajar diberitahu tentang jalan penyelesaian pada klu-klu yang diberikan kepada setiap kumpulan.Sebelum LDK 4 bermula, ketua fasi, Muhd Hafiz Burhan mengadakan game “bom” dimana setiap kumpulan mempunyai nama sukan dan pada akhir aktiviti itu, perbalahan antara tiga kumpulan untuk melihat siapakah dua kumpulan pemenang.

Pada petang itu,tanpa diduga hujan mula turun dan TEAM MURAL dengan gigihnya meneruskan usaha-usaha mereka bagi menyiapkan mural hasil dari kreativiti mereka,SYABAS!!!
Selesai sahaja LDK 4, majlis penutup dimulakan dengan ucapan dan kata-kata terakhir daripada Yang di-pertua Haji Khadzir, dan kaunselor MMU, Cik Harzurita. Tiba sahaja Ayahanda di dewan makan untuk meraikan majlis penutup, Ayahanda melihat mural yang dilukis dan diwarnai oleh team mural dan Ayahanda berpuas hati dengan hasil titik peluh ahli-ahli fasi, dan juga team mural kerana kami pulang dengan meninggalkan sesuatu yang bermakna.Faci-faci juga turut mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama kumpulan mereka.Pada pukul 5:30 petang, kami semua dijamu dengan kuih-muih untuk makan petang dan selepas makan petang, solat asar berjemaah.Dalam pukul 6:30 petang, kami diberikan sedikit masa untuk meluangkan masa dan memberi kata-kata semangat pada pelajar lalu kami bertolak pulang ke MMU.


Saya percaya,kepada faci-faci amat berat untuk meninggalkan adik-adik PAYASUM tetapi InsyaAllah kata-kata semangat dan memori yang kita tinggalkan itu cukup untuk membuatkan adik-adik itu gembira dan mengingatinya.
 
Kepada TEAM MURAL dan MASAK juga,'CREDIT' untuk anda SEMUA!
 
*gambar-gambar menarik*
 

Ahad, 19 April 2009

Pengumuman





Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pengumuman program akan datang.

Nama program: Training of Faci 3 /(TOF 3)
Tempat program: Gunung Dato' , Rembau , Negeri Sembilan
Tarikh: 25 & 26 April 2009 (Sabtu & Ahad)

Objectif: Memberi latihan peringkat ke 3 kepada faci-faci melalui aktiviti Outdoor
Selain merapatkan & menyedarkan Faci akan keindahan alam semulajadi
dan mengasah minda bagi menghadapi sebarang cabaran

Aktiviti : . Memanjat Gunung Dato hingga ke Puncak , BBQ , Night walk & banyak lagi


Bayaran Penyertaan : RM 10


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, bolehlah menghubungi:

=> saudari Saleha(0134864426 ; chick_cute128@yahoo.com )
=>saudara Adli (0176037430; muad_muys@yahoo.com)


------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,


Announcment for next coming event.


Name of Programme : Training of Faci 3 /(TOF 3)
Venue : Gunung Dato' , Rembau , Negeri Sembilan
Date : 25 & 26 April 2009 (Saturday & Sunday)

Objective : To train Faci for level 3 through Outdoor activities & to give exposure to the
facis
about the importance of nature in our life

Among the activities we'll be doing : . Gunung dato hike , BBQ , Night wlak & many more


Fees : RM 10


Come n join the fun with us or simply contact

adli :0176037430
sal :0134864426


guys and girls are invited.dont miss the opportunity!

Pertandingan Paintball Anjuran Silat Cekak Hanafi


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Moga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu

Disini saya akan melaporkan keputusan perlawanan
Paintball yang dianjurkan oleh Silat Cekak Hanafi pada hari Sabtu lepas -
( 19/4/09) bertempat di
Gelanggang Paintball Ayer Keroh, Melaka

Pertandingan tersebut telah berjaya disertai
6 kumpulan yang terdiri dari 5 anggota setiap kumpulan.

Untuk Pengetahuan semua, Faci Team telah
menghantar satu kumpulan bagi menyertai kejohanan
tersebut. Berikut merupakan pemain-pemain yang telah
mewakili Faci Team :

Shahmi(c) , FaizUn , Ali Fahmi , Rejal & Adli

Perlawanan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan.
Faci Team telah diundi bersama team Bayu & Keli
untuk bersaing di dalam kumpulan B.
Perlawan diadakan secara Round-Robin dan berikut
merupakan keputusan Perlawanan :

UPG FT vs Bayu : Bayu menang dengan 2 pemain masih hidup
UPG FT vs Keli : UPG FT menang dengan 2 pemain masih hidup
Keli vs Bayu : Keli menang dengan 4 pemain masih hidup



Johan setiap kumplan akan melayakkan diri ke Final.
Bagi kumpulan B, semua pasukan mendapat mata yang sama,
Jadi keputusan dibuat berdasarkan pemain yang hidup
di dalam setiap perlawanan
team Bayu berjaya melayakkan diri ke Final

UPG FT hanya berjaya layak ke penentuan 5/6 ,
tetapi perlawanan tersebut di gantikan dengan
No Mercy !!!

Di bawah merupakan gambar-gambar kenangan sewaktu
pertandingan



















Terima kasih diucapkan kepada Faci Team
kerana menaja pasukan UPG FT bagi menyertai
kejohanan ini. Diharap semua ahli Faci Team
akan terus maju & terus maju dan bersama-sama
mengharumkan nama Faci Team



dilaporkan oleh :
Saudara FaizUn

Rabu, 15 April 2009

Laporan Program di Tasik Raban, Lenggong Perak

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Buat pertama kalinya saya memegang jawatan di bawah ‘division’ Publicity yg diketuai oleh Mamat dan ditugaskan mengendalikan Blog Faci Team ini bersama-sama dengan Faizun. Buat pengetahuan kalian, ini merupakan pertama kalinya saya mengendalikan blog dan menulis segala maklumat dan setiap laporan terkini yang dilakukan oleh Faci Team dari semasa ke semasa. Jadi saya ingin memohon maaf jika ada yang terkurang dalam setiap penulisan saya disini,almaklumlah dalam Faci Team,ramai Blogger2 terkenal,huhu.

Tujuan saya menulis adalah untuk berkongsi dan memberi laporan terkini tentang perkembangan Faci Team kita.

Pada 3 April yang lalu, seramai 3 orang wakil dari Faci Team, iaitu Fateen Najlaa, Mamat Sulaiman dan juga saya, Nyssa Zakaria, telah dijemput untuk menjadi Facilitator bagi Kem Motivasi dan Khemah Ibadah anjuran Sek Ren Agama Taman Ibu Kota,Kuala Lumpur oleh ustaz dari sekolah itu iaitu Ustaz Haidhir, juga dikenali sebagai Abg Dat, merupakan trainer Faci Team kita yg tidak asing lagi. Aktiviti yang berlangsung selama 3 hari yg bertempat di Resort Tasik Raban,Lenggong,Perak itu disertai oleh pelajar dari lingukangan umur 10-12(darjah 4 – 6). Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 5 jam itu amat menyeronokkan kerana bukan sahaja wakil dari Faci Team MMU sahaja yg hadir, malahan 8 faci jemputan dari Matriks Universiti Islam Antarabangsa(UIA) PJ dan Nilai turut hadir bagi memeriahkan kem tersebut. Seramai lebih kurang 80 pelajar dan dibahagikan sebanyak 6 kumpulan yang dikendalikan oleh 2 0rg faci. Kami,faci-faci juga diberi pasangan daripada berlainan institusi pengajian supaya lebih banyak ilmu yang kami pelajari antara satu sama lain.

Tujuan dan matlamat sebenar kem ini diadakan adalah untuk menguatkan dan mengeratkan perhubungan serta mewujudkan semangat ‘BEKERJASAMA’ kerana walaupun mereka saling belajar di bawah bumbung sekolah yang sama tetapi ada juga yang tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Selain itu semangat untuk berusaha dan mencuba juga dipupuk dalam kem ini serta aspek kerohanian juga penting untuk mencapai kejayaan.

Antara modul-modul LDK yang dilakukan sepanjang kem ini diadakan tidak asing lagi bagi Team Faci iaitu antaranya, seperti biasa, Ice Breaking. Setiap kumpulan melakukan ice breaking mereka dengan kreativiti faci mereka masing-masing. Selain itu, terdapat juga ‘game’ yg menarik yg dilakukan seperti, BOM-BOM-BOM, game ‘mengurat,melamar dan kahwin’,CATAPULT dan lain2. Mereka juga dikehendaki melukis logo dan trademark/motto kumpulan masing2. Aktiviti kerohanian yang lain juga diisikan oleh Abg Dat sendiri iaitu Ustaz mereka sendiri seperti qiyammullail, solat jamak dan qasar, cara-cara solat jenazah dan lain-lain. Bagi saya, aktiviti yg dinanti-nantikan adalah pada belah malam Sabtu, iaitu Operasi Burung Hantu merupakan acara kemuncak dan acara terakhir utk kem itu. Sebab saya ternanti-nanti adalah utk ‘mengenakan’ budak2 yg ‘nakal’ dan ‘degil’ sepanjang kem itu berlangsung,biasalah budak2 kan,bukan tujuan utk mendera ataupun membalas dendam, tetapi menjalankan tugas,huhu. Peserta dikumpulkan di dlm dewan utk sesi taklimat yg disampaikan oleh Ketua Faci sebagai pra-sesi iaitu persediaan minda dan peraturan.Peserta kemudiannya diletakkan secara berseorangan oleh faci ke lokasi tertentu. Sepanjang aktiviti itu, PROVOKASI dan TINDAKAN MENGGANGGU oleh para faci DIBENARKAN utk menguji perserta, dan mmg keadaan seperti ala2 GAZA kerana masing2 melaungkan kalimah ALLAHUAKBAR sebanyak yg mungkin utk menghalau ‘hantu2’ yg ‘menyakat’ mereka. Setelah tempoh tamat, peserta dikumpulkan semula di dalam dewan utk sesi muhasabah dna ketenangan diri.

Majlis pembukaan dan penutup dijalankan secara serentak pada hari terakhir kem berkenaan oleh Guru Besar Sek Ren Agama Taman Ibu Kota,Ustazah2 yg terlibat dan Abg Dat sendiri. Acara penyampaian hadiah juga turut disampaikan utk kumpulan2 terbaik(Kump saya mendapat tempat Ke-2,bangga la jugak kan) dan lain2 serta sesi bergambar dan bersalaman.

Pada jam 11 pagi kami mula bertolak menaiki van pulang yg dipandu oleh salah seorg faci dr Matriks UIA PJ. Team Faci MMU tiba di Melaka pada pukul 9.30 malam. Perjalanan kami memakan masa berjam2 kerana kami mempunyai banyak destinasi persinggahan,huhu.

Jadi, itu sahaja lah pengisian saya buat kali ini, bagi saya ini merupakan kali pertama saya menjadi seorg faci dan PENGALAMAN itu yang sgt berharga buat saya. Memegang nama sebagai seorg FACI itu merupakan penghargaan sebenarnya tetapi itu bukan lah satu tujuan utk kita mendabik dada dan berhenti belajar daripada setiap aspek sekali pun. To my fellow team mates, Mamat and Kak Fateen, I’ve learned a lot from u guys and we did a very GOOD job,ALHAMDULILLAH!

And to the rest Faci Team, teruskan perjuangan FISABILILLAH dan ingat,

INI DAKWAH CARA KITA.


yg menjalankan tanggungjawab;
Nyssa Zakaria
Publicity Division
UPG Faci Team
MMU Melaka

Ahad, 12 April 2009

MEETING UNTUK POST MORTEM PAYASUM(HATI KE HATI)

ATTENTION!

SALAM AND GOOD DAY~

KEPADA SEMUA FASILITATOR, KITA AKAN MENGADAKAN MEETING UNTUK POST MORTEM(SEPERTI YG TERTERA DIATAS).
DETAILS ADALAH SEPERTI BERIKUT:

TARIKH: 15 APRIL 2009
MASA: 8.00 P.M.
TEMPAT: SRI RUBY

P/S: Sekiranya ada pertukaran venue, further notice akan diberitahu. Dan kepada sesiapa yang bawa kamera, sila save kan dlm pendrive gambar2 tersebut dan JANGAN LUPA SERAHKAN BORANG PENYERTAAN FACI kepada 'Head' masing2 dan 'Head' sila serahkan kepada 'Koordinator' masing2.

Tq:)

Jumaat, 10 April 2009

Nukilan Faci : Buatmu Teman

Salam Sahabat..

Kehidupan bagaikan mata yang pejam
Di dalamnya ada mimpi yang indah
mahupun tidak menyenangkan
Di situ terlihat manusia
Dahaga dalam keindahan
Mata dipejam jua walau sudah terbuka,
jadilah dia orang yang buta

Yang menyedihkan pula pasti tidak diinginkan ramai orang
Namun itulah yang membuatkan kite tersentak sedar
Sampai peluh dan terbeliak
Mengembalikan kita pada dunia yang nyata
Ke tujuan yang utama

Orang yang menang itu pasti jua kalah
Tapi tidak akan mengalah
Bersyukurlah dengan sedikit mimpi ngeri yang menyedarkan
Adalah kita insan lemah yang saling memerlukan

Tika tersentak dari lamunan
Adalah tibanya saat-saat kekuatan
Dalam sujud penuh keinsafan
Bahawa yang dekat itu mati pasti datang
Yang jauh itu waktu silam yang semakin ditinggalkan

Renungkanlah masa depan
Yang cemerlang itu bukan yang terkehadapan
Tetapi yang mengerti tujuan dihidupkan.. ...

nukilan
-wan najmuddin-
2 April 2009
2.45 a.m
iufc.dt09.faciteam

Ini Dakwah Cara KITA
~ kadangkala bicara puisi mampu menyampaikan mesej dakwah seorang FASILITATOR =)

Pelancaran LOGO Rasmi Faci Team


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua.


Hari ini, kita menyaksikan kejayaan Faci Team sekali lagi apabila kita sudah berjaya menghasilkan LOGO Rasmi Faci Team UPG MMU Melaka setelah beberapa diskusi untuk mendapatkan kata sepakat mengenainya. Saat terpampangnya LOGO Rasmi Faci Team di sini, maka secara rasminya penggunaannya dilancarkan! =)
Syukur kerana Tuhan di atas sana menemukan kita semua dengan segala semangat dan keikhlasan dalam membuat pengorbanan untuk Faci Team ini dari segi mental dan juga fizikal.
Tahniah untuk semua warga kerja Faci Team khususnya yang menghasilkan LOGO dan yang mencurahkan idea dan pendapat tanpa kenal erti putus asa.

Kepada semua di luar sana, semoga sokongan kalian dapat mengutuhkan lagi semangat perjuangan kami di dalam arena Fasilitator ini sama ada di kalangan MMU mahupun di luar sana. Insyaallah.

Terima Kasih & Tahniah buat SEMUA!

"Ini Dakwah Cara KITA"

Isnin, 6 April 2009

Mari Mengundi !!!!!


Yezzaaa...


Salam sejahtera...
alhamdulillah, kita telah melepasi hujung minggu
yang diisi dengan 2 program
yang melibatkan Team Faci
iaitu Program bersama pelajar sek Agama di Perak & Program Binding Group Netball Club.

Insya-ALLAH, Gambar & Report akan di'upload' kemudian... begitu juga dgn program TOF1 & TOF 2 beserta STB.


ok...
disini saya ader meletakkan
lagu untuk Tema program Hati ke Hati
beserta video motivasi untuk
diundi oleh Faci-Faci semua..
Selain itu..undi juga untuk pemilihan
Official Logo Faci Team
...



Video Motivasi
---------------------

1) Who Move My Cheese



2) Are You Finish Stronger ???



3) Adakah Kau Lupa




Lagu Tema
---------------------
1) Gemuruh


2) Standing In The Eyes Of The World


3) Fikirkan Boleh





p/s: Maaf kerana hanya Link sahaja yg dapat diletakkan disini...ader prob
' mengupload ' video ...:)

jadi..pilihlah lagu & video kegemaran anda
undilah seberapa banyak yang anda mahu




Logo Faci Team after Finalizing

------------------

1) by Mamat





2) by Fahmi




p/s : Jangan lupa untuk tinggalkan
Comment & suggestion towards
d improvement of the LOGO





" Ini Dakwah Cara Kita "







Featured Post

Knowledge Sharing: Menguruskan Sponsorship