Rabu, 27 Mei 2009

Pengumuman: Majlis Perpisahan Kaunselor-kaunselor MMU Melaka

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera utk semua.
Utk pengetahuan semua, kaunselor-kaunselor MMU Melaka i.e En Ikhram dan Cik Harzurita akan meninggalkan dunia MMU Melaka pada minggu ini. Syukur kerana kita dianugerahkan peluang utk bekerja bersama mereka dan merasai pengalaman bergelar pelajar dan adik-adik kepada mereka.

Ucapan Jutaan terima kasih buat Abg Ikhram & Kak Rita di atas jasa dan pengorbanan yg telah kalian curahkan kepada UPG MMU Melaka serta Faci Team yg telah banyak berkembang mental dan fizikal kerana sokongan dan tunjuk ajar daripada kalian.

Maaf juga dipinta sekiranya selama setahun kita bersama ini, terlalu banyak kekhilafan yg kami lakukan. Semoga kalian tidak serik utk terus bersama kami walaupun di luar dunia MMU. Insyaallah.

Sempena meraikan mereka, satu majlis makan2 akan diadakan. Maklumat seperti di bawah. Sesiapa yg berminat boleh turut serta.

Tempat: Pantai Kelebang (restoran)
Tarikh : 27 Mei 2009 (hari ini)
Masa : 745 pm berkumpul di Roundabout MMU
Yuran Penyertaan : RM10

Sesiapa yg berminat, boleh hubungi mereka dengan kadar segera;
Saudara Shahmi : 0123272716,
Gadis Najlaa : 0173503382
Sekian, Wassalam, Bye2..

Featured Post

Knowledge Sharing: Menguruskan Sponsorship