Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt & Hello utk semua.
Assalamualaikum wbt & Hello utk semua.
Alhamdulillah, tanggal 13 Febuari 2010, kami faciteam ke Madrasah Darul Aitam, Telok Mas, Melaka. Menjalankan misi kebajikan bersama anak-anak yatim. Insan pilihan yg dijaga oleh Allah swt. Misi kebajikan ini adalah projek pertama yg kami laksanakan di bawah bumbung ProKAM. Iaitu Program Kecemerlangan Anak-anak Melaka. Kami masih ada 2 misi kebajikan yang bakal dilaksanakan iaitu ProKAM bersama Juvana, pada 20 Feb dan Program Kecemerlangan Akademik di Kompleks Khawarizmi pada 26-28 Feb akan dtg. Semoga segalanya berjalan dengan lancar seperti mana ProKAM bersama Madrasah Darul Aitam.
Kali ni, Faciteam dibahagikan kepada 3team bagi melancarkan misi2 ProKAM. Jadi utk ProKAM bersama anak-anak yatim ini, Qasiratul Jannah memegang tanggungjawab besar sebagai Pengarah Bersama, dibantu Wan Adhila @ Dilla. Besar pahala kalian, insyaallah. Percayalah. Dan komiti2 yg gagah perkasa adalah; Ain Zainal, Huda dan Aimuni. Kekuatan mereka dalam melaksanakan tanggungjwab ini sy beri 10 bintang! =) Tak lupa kepada Shahmi, VP1 saya merangkap Big Boss Faciteam dan AD sy utk ProKAM ni. Good Job! A very good job. Tanpa org kuat, payah juga kita nak kemudi program kebajikan umpama ini.
Dan, kredit sy berikan kpd barisan FACITEAM yg terlibat dengan Prokam Darul Aitam. Ketua Faci yg baru, Mamat. Walaupun agak menahan sbar, tpi selamat semuanya smpai habis. Dengan faci2 baru yg sgt teruji tapi sy sgt respect kalian sbb kalian sgt kuat semangat dan gigih mencuri perhatian adik2. Sy yakin, ini kerana kita masing2 memasang niat yg btul. So, utk kalian; Mek, Bob Faiz, Aini, Ailyn, Atiqah, Zawani, Izzul, Fisyah, Ariff, Zaki, Nathasya, Safiq dan Nadia, TAHNIAH! Bersykukur kepada Allah kerana DIA berikan kita peluang utk berbakti dan menginsafi diri kita. X terluah perasaan yg kita punyai dengan kata2.
Kalau hendak diceritakan dengan perkataan, tentang satu per satu acara yg kami jalankan, mungkin gambaran itu tak secantik apa yg telah kami lalui. Tapi, Allah tahu betapa hati kami teruja dan tersentuh dengan gelagat adik2. Sukar utk sy luahkan.
Kami pada asalnya menghadapi KEJUTAN kerana kami pada dasarnya target anak-anak yatim ini akan pasif dan malu2. Ini kerana semua pengalaman kami sebelum ni bersama anak-anak yatim, memang pasif dan sukakan approach yg lembut. Tapi, di Darul Aitam, lain betul. Adik2 sgt AKTIF. Hyper. =) Jadi nak control tu, masyaAllah. Tpi Alhamdulillah, kerana niat yg telah dipasakkan. Allah bantu kami jua. Seronok. X terluah dengan kata2.
Satu nikmat pengalaman baru yg kami peroleh bersama adik2 Darul Aitam adalah apabila kami bawa mereka keluar membeli pakaian sekolah. Seorang sepasang. Seronok nya mereka, tak terucap dengan kata2. Rezeki mereka juga apabila tokey kedai hadiahkan mereka alatulis dan angpau Chinese New Year. =) Murah rezeki anak-anak yatim ni. Kami juga sebelah malamnya, buat BBQ session dengan mereka. Yg makan bau asap adalah komiti & faci2. Adik2 hanya makan sambil 'sharing moment' bersama Faci masing2. Tapi syiok. X terkata. =) Nikmat tu, lain mcm..
Hari kedua, yg menariknya apabila ada sesi gotong royong perdana. bukan setakat Faci dan adik2 yg terlibat. Malah MBMB dan Southern West. Bersama lori dan kren dengan semua tenaga pekerja yg bersungguh2 mengumpul pahala. Seronok! Suka adik2 melihat kawasan tempat tinggal bersih. Kemudian, kami melengkapkan misi kebajikan bersama adik-adik dengan Slot Bengkel Akademik. Adik2 ni perlukan perhatian dari segi kasih syg dalam mendapatkan pengertian kehidupan mereka sebenarnya. Faci benar2 teruja kerana masih ada yg x tau membaca dan sebagainya. Tapi hebatnya barisan fasilitator apabila mereka x putus asa. Masing2 sentiasa berusaha mencantikkan usaha mereka. =) Tahniah sekali lagi.
Antara perkara manis yg kami lalui selain dari yg sy ceritakan di atas, adalah apabila kami hadiahkan setiap daripada mereka 1 set sabun mandi, berus gigi dan ubat gigi. Mcm kelakar kan? Tpi itulah salah satu keperluan mereka. Riang gembira mereka terima buah tgn yg x seberapa itu daripada kami. Mngkin pada pandangan kita, apelah sgt tu kan?? Tapi, hakikatnya di jiwa mereka, itu satu sumbangan yg amat besar. Cuma mungkin mereka x terluah dengan kata2.
ProKAM bersama MADRASAH DARUL AITAM ini x mungkin berjaya tanpa usahasama semua pihak yg terlibat. Mewakili pihak penganjur, sy dengan penuh rendah hati mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Barisan Fasilitator UPG Faciteam, Kak Miza (Kaunselor MMU & Advisor Prog), Ustaz Idris dan warga Darul Aitam, Bahagian Pekerja & Pelajar Antarabangsa, JKMM (En Shadan, Kak Nash dan konco2 mereka), pihak RKSK, pihak MBMB & Southern West, Adun Kawasan, Datuk Latiff dan semua yg menjayakan program ni. Tanpa kalian, x mampu kita nikmati rasa puas dan nikmat seperti yg kita rasai hari ni.
Kepulangan kami ke MMU diiringi rasa berat hati. Bukan kerana apa, kerana kemanisan yg kami kecapi itu sgt2 memenuhi jiwa kami. Mungkin inilah janji Allah dengan kalamnya, barangsiapa yg memelihara anak-anak yatim, maka dia akan bahagia di syurga nanti. Semoga redha Allah bersama mengiringi usaha murni kami. Tanpa DIA, kami x sekuat ini. Kerana niat Fi Sabilillah kami, segalanya berjalan dengan lancar. Tiada yg lebih sempurna yg kami harapkan, selain mendapat sentuhan di hati apabila bersama anak-anak yatim. =) Tahniah dan Syukran buat semua.
Utk adik2 di Darul Aitam, nantikan kemunculan kami akan datang dari masa ke masa. Insyaallah, kami akan terus ke sana membantu kalian dari segi akademik dan mana yg termampu. Tapi janji, belajar sungguh2! C u adik2! We all here miss u so much!
Syukur padaMU ya Allah kerana Kau kurniakan kami nikmat seperti ini. Telah Kau hidupkan kami dalam keadaan iman, matikanlah kami jua dalam keadaan iman. Wallahualam. Wassalam.
Sentuhan hati;
Fateen Najlaa Idayu
15 Febuari 2010
p/s: TQ utk Azmi, Aizad, Abil, Najib, Cica yang dtg melawat dan membantu kami meraikan adik2. Tq utk Anis kerana gigih memarinade ayam =) Sy x mampu hadiahkan kalian apa2, tpi Allah hadiahkan kalian pahala.