Rasanya belum lewat sgt utk pihak Faciteam kongsikan sedikit sebanyak pengalaman kami yang indah2 belaka ketika menjalani induksi ProKAM. Segalanya berlangsung pada:
29-31 Januari 2010, Kompleks Belia & Sukan, Ayer Keroh.
Seramai 58 peserta terlibat menjalani Kursus Fasilitator dengan tunjuk ajar daripada trainer jemputan daripada PKPIM yang diketuai oleh Saudara Haidir @ Abg Dat dan dibantu oleh Saudara Affandi, Saudari Sumayyah dan Saudari Syafa.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik sekali. Kecuali kali ini kami diuji dengan peratusan peserta yang sakit yang agak ramai. Pihak urusetia tetap cool dengan situasi itu kerana kami percaya, itu semua hanya adegan suspen.haha. Alhamdulillah, semuanya sihat dan selamat.
Pihak penganjur (UPG) dengan berbesar hati ingin mengucapkan TRIMAS & Toche-toche kepada:
~ Barisan Trainers yang datang jauh dari KL (Abg Dat, Abg Fendi, Kak Sumay & Kak Syafa)
~ Barisan Co-Faci dari kalangan Otai2 UPG (Shahmi, Saleha, Rezal, Aizad, Fateen)
~ Penasihat ProKAM: Cik Ramizah @ Kaunselor MMU
~ Para penganjur bersama : Jabatan Ketua Menteri Melaka (BPPA & RKSK), JBS
~ Pihak yg menaja makan minum & penginapan kami: RKSK & JBS
~ Kaunselor STB kerana sudi berkongsi pengalaman dengan peserta kursus kami.
Satu perkara dan fakta paling menarik untuk dikongsi bersama adalah:
"Ini adalah TOF yang paling RAMAI peserta mencecah angka 58 orang!" (Dengan penuh semangat Miss P umumkan =p)
Abg Dat sendiri menyentuh tentang perkara ini. Satu kejayaan buat UPG & Faciteam khususnya. Alhamdulillah =)
Oh ye. Tak lupa nak ucap tahniah kepada barisan urusetia Induksi ProKAM ini yang terdiri daripada:
~ Cik Zawani
~ Cik Atiqah
~ En Alham
~ En Haiqal
p/s: Good job. Tapi banyak lagi yg perlu belajar. Jgn give up ye. Kita sentiasa belajar tentang hidup dan tentang manusia. =)
Ala, dah banyak pula dibebelkan. Layan jelah gambar2 di bawah. Check it OUT!
~ Sesi taklimat daripada artis jemputan. Pewwit!!
~ Oh! Ini dia Tok Guru kita. Semangat. Jangan memain! =p
~ Tidak, ini bukan cara hisap ganja. Ini modul UFO. Menarik!
~Gigih main tali rafia.hehe
~Nasib memasing x brapa berat. Kalo x, patah peha. =p
~Alhamdulillah, melalui ProKAM, ada yg ketemu jodoh mereka. Semoga berkekalan hendaknya, Bob & Jannah!
~Watcha! Here we are!
Selamat tersenyum.
Bye!