Salam Sahabat..
Kehidupan bagaikan mata yang pejam
Di dalamnya ada mimpi yang indah
mahupun tidak menyenangkan
Di situ terlihat manusia
Dahaga dalam keindahan
Mata dipejam jua walau sudah terbuka,
jadilah dia orang yang buta
Yang menyedihkan pula pasti tidak diinginkan ramai orang
Namun itulah yang membuatkan kite tersentak sedar
Sampai peluh dan terbeliak
Mengembalikan kita pada dunia yang nyata
Ke tujuan yang utama
Orang yang menang itu pasti jua kalah
Tapi tidak akan mengalah
Bersyukurlah dengan sedikit mimpi ngeri yang menyedarkan
Adalah kita insan lemah yang saling memerlukan
Tika tersentak dari lamunan
Adalah tibanya saat-saat kekuatan
Dalam sujud penuh keinsafan
Bahawa yang dekat itu mati pasti datang
Yang jauh itu waktu silam yang semakin ditinggalkan
Renungkanlah masa depan
Yang cemerlang itu bukan yang terkehadapan
Tetapi yang mengerti tujuan dihidupkan.. ...
nukilan
-wan najmuddin-
2 April 2009
2.45 a.m
iufc.dt09.faciteam
Ini Dakwah Cara KITA
~ kadangkala bicara puisi mampu menyampaikan mesej dakwah seorang FASILITATOR =)