Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Buat pertama kalinya saya memegang jawatan di bawah ‘division’ Publicity yg diketuai oleh Mamat dan ditugaskan mengendalikan Blog Faci Team ini bersama-sama dengan Faizun. Buat pengetahuan kalian, ini merupakan pertama kalinya saya mengendalikan blog dan menulis segala maklumat dan setiap laporan terkini yang dilakukan oleh Faci Team dari semasa ke semasa. Jadi saya ingin memohon maaf jika ada yang terkurang dalam setiap penulisan saya disini,almaklumlah dalam Faci Team,ramai Blogger2 terkenal,huhu.
Tujuan saya menulis adalah untuk berkongsi dan memberi laporan terkini tentang perkembangan Faci Team kita.
Pada 3 April yang lalu, seramai 3 orang wakil dari Faci Team, iaitu Fateen Najlaa, Mamat Sulaiman dan juga saya, Nyssa Zakaria, telah dijemput untuk menjadi Facilitator bagi Kem Motivasi dan Khemah Ibadah anjuran Sek Ren Agama Taman Ibu Kota,Kuala Lumpur oleh ustaz dari sekolah itu iaitu Ustaz Haidhir, juga dikenali sebagai Abg Dat, merupakan trainer Faci Team kita yg tidak asing lagi. Aktiviti yang berlangsung selama 3 hari yg bertempat di Resort Tasik Raban,Lenggong,Perak itu disertai oleh pelajar dari lingukangan umur 10-12(darjah 4 – 6). Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 5 jam itu amat menyeronokkan kerana bukan sahaja wakil dari Faci Team MMU sahaja yg hadir, malahan 8 faci jemputan dari Matriks Universiti Islam Antarabangsa(UIA) PJ dan Nilai turut hadir bagi memeriahkan kem tersebut. Seramai lebih kurang 80 pelajar dan dibahagikan sebanyak 6 kumpulan yang dikendalikan oleh 2 0rg faci. Kami,faci-faci juga diberi pasangan daripada berlainan institusi pengajian supaya lebih banyak ilmu yang kami pelajari antara satu sama lain.
Tujuan dan matlamat sebenar kem ini diadakan adalah untuk menguatkan dan mengeratkan perhubungan serta mewujudkan semangat ‘BEKERJASAMA’ kerana walaupun mereka saling belajar di bawah bumbung sekolah yang sama tetapi ada juga yang tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Selain itu semangat untuk berusaha dan mencuba juga dipupuk dalam kem ini serta aspek kerohanian juga penting untuk mencapai kejayaan.
Antara modul-modul LDK yang dilakukan sepanjang kem ini diadakan tidak asing lagi bagi Team Faci iaitu antaranya, seperti biasa, Ice Breaking. Setiap kumpulan melakukan ice breaking mereka dengan kreativiti faci mereka masing-masing. Selain itu, terdapat juga ‘game’ yg menarik yg dilakukan seperti, BOM-BOM-BOM, game ‘mengurat,melamar dan kahwin’,CATAPULT dan lain2. Mereka juga dikehendaki melukis logo dan trademark/motto kumpulan masing2. Aktiviti kerohanian yang lain juga diisikan oleh Abg Dat sendiri iaitu Ustaz mereka sendiri seperti qiyammullail, solat jamak dan qasar, cara-cara solat jenazah dan lain-lain. Bagi saya, aktiviti yg dinanti-nantikan adalah pada belah malam Sabtu, iaitu Operasi Burung Hantu merupakan acara kemuncak dan acara terakhir utk kem itu. Sebab saya ternanti-nanti adalah utk ‘mengenakan’ budak2 yg ‘nakal’ dan ‘degil’ sepanjang kem itu berlangsung,biasalah budak2 kan,bukan tujuan utk mendera ataupun membalas dendam, tetapi menjalankan tugas,huhu. Peserta dikumpulkan di dlm dewan utk sesi taklimat yg disampaikan oleh Ketua Faci sebagai pra-sesi iaitu persediaan minda dan peraturan.Peserta kemudiannya diletakkan secara berseorangan oleh faci ke lokasi tertentu. Sepanjang aktiviti itu, PROVOKASI dan TINDAKAN MENGGANGGU oleh para faci DIBENARKAN utk menguji perserta, dan mmg keadaan seperti ala2 GAZA kerana masing2 melaungkan kalimah ALLAHUAKBAR sebanyak yg mungkin utk menghalau ‘hantu2’ yg ‘menyakat’ mereka. Setelah tempoh tamat, peserta dikumpulkan semula di dalam dewan utk sesi muhasabah dna ketenangan diri.
Majlis pembukaan dan penutup dijalankan secara serentak pada hari terakhir kem berkenaan oleh Guru Besar Sek Ren Agama Taman Ibu Kota,Ustazah2 yg terlibat dan Abg Dat sendiri. Acara penyampaian hadiah juga turut disampaikan utk kumpulan2 terbaik(Kump saya mendapat tempat Ke-2,bangga la jugak kan) dan lain2 serta sesi bergambar dan bersalaman.
Pada jam 11 pagi kami mula bertolak menaiki van pulang yg dipandu oleh salah seorg faci dr Matriks UIA PJ. Team Faci MMU tiba di Melaka pada pukul 9.30 malam. Perjalanan kami memakan masa berjam2 kerana kami mempunyai banyak destinasi persinggahan,huhu.
Jadi, itu sahaja lah pengisian saya buat kali ini, bagi saya ini merupakan kali pertama saya menjadi seorg faci dan PENGALAMAN itu yang sgt berharga buat saya. Memegang nama sebagai seorg FACI itu merupakan penghargaan sebenarnya tetapi itu bukan lah satu tujuan utk kita mendabik dada dan berhenti belajar daripada setiap aspek sekali pun. To my fellow team mates, Mamat and Kak Fateen, I’ve learned a lot from u guys and we did a very GOOD job,ALHAMDULILLAH!
And to the rest Faci Team, teruskan perjuangan FISABILILLAH dan ingat,
INI DAKWAH CARA KITA.
yg menjalankan tanggungjawab;
Nyssa Zakaria
Publicity Division
UPG Faci Team
MMU Melaka